Thursday, April 5, 2012

Tanda-tanda Kematian




Tanda 40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokon yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, di antaranya ialah ia akan mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnya adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan, di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba akan berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi antara dahi kiri dan dahi kanan. Jika tanda ini didapati dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan denyutan di bahagian belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap 2 kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat  maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah wajib.

Semoga ini akan menjadi renungan dan pedoman untuk kita semua dan mati kita dalam Husnul Khatimah (kesidahan yang baik). AMIN


Read More: http://www.mamat.my/2012/03/tanda-tanda-kematian_26.html#ixzz1rAItBzA4

Sunday, April 1, 2012

alhamdulillah...

alhamdulillah, walau pun dsaat akhir, dibukakan juga pintu htiku olehNya u join unimas berselawat..

       ' cintailah org y soleh kerana dy psti pnuh dgn kesolehannya,
         cintailah Rasulullah kerana baginda kekasih Allah,
         cintailah Allah kerana Dia dcintai Rasulullah dan org2 y soleh.'
                                                                               " Imam Shafi' "


                                                                  

UNIMAS Berselawat

so cute...so sweet.....